"Kalau kami ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagianlah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengsnku. dan tujuk kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku "
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
(sumber i luv Islam)
Hadis ini saya tidak pasti matannya (maaf sekiranya ia adalah hadis palsu disebabkan kekurangan ilmu). Namun, banyak perkara positif boleh kita ambil kira. Hadis ini membawa ingatan saya melayang untuk saya abadikan kenangan saya ketika menunaikan ibadah umrah pada Julai 2012 lepas. Perkara yang saya tidak dapat lupakan ialah ketika masuk ke Kota madinah buat pertama kali tepat jam 5.00 pagi (sewaktu itu hampir habis waktu subuh). Perasaan saya ketika itu tidak dapat digambarkan. Saya rasa seperti ada sesuatu yang menyambut kedatangan kami. Indah... dan saya dapat rasakan bagaimana suasana ketika Rasulullah s.a.w disambut dengan meriah pada suatu masa dahulu.
Alangkah kita sudah merasa.. Apa lagi Rasulullah rasa ?
Gambar dari atas kapal terbang lapangan terbang Jeddah.
HATIKU TELAH DISENTUH
Hati siapa yang tidak tersentuh ketika jejak kaki di dalam masjidil Nabawi. Damai menerpa dalam hati. " tenangkan masuk dalam ni" kata kawan saya. Selesai buat solat tahiyatul masjid. Manakan tidak tenang kalau solat berjemaah sudah dapat 27 darjat.. apatah lagi disini 1 000, siapa nak bagi?
tiba-tiba fikiran telah didatangi satu persoalan, APA ITU RAUDHAH? dari semalam emak dan orang sekeliling bercerita raudhah. raudhah tu camne ek? bilik ker? bangunan ke? takkan la semua duduk kat makam nabi Muhammad s.a.w ramai-ramai. Emak bagitau, raudhah tu dinding jer. betul ke? keliru.
ooo... raudhah itu begini dan begitu.. (baru tau) ketika kali pertama masuk ke dalam raudhah (walaupun nampak bahagian atas makam nabi sahaja) tapi sangat indah.
Hanya jauhari mengenal manikam.
Kami masuk ke dalam raudhah berhimpit dengan pelbagai bangsa, sakit juga sendi ni. tapi sebenarnya tak elok kita berebut dan menyakiti orang lain, tapi biasala excited, first time kan?. solat sepuas-puasnya walaupun tempat solat hanya 1 kaki persegi. Kata orang lelaki, di tempat lelaki tidak berebut, dua orang akan masuk secara bergilir-gilir. Bila fikir, sebab tu kerajaan arab saudi halang bahagian perempuan dengan wall putih dekat makam Rasulullah s.a.w. biasala pempuan terlebih beremosi kot?
" mardiah betul ke pagi tadi kita solat kt raudhah" kata sahabat saya ni.
Malam tu, saya tergerak untuk tunggu di Masjidil Nabawi selepas isyak sebab berlaku kekalutan di bahagian kanan masjid, kenapa? kami berdua setelah memaksa emak saya balik (takut jadi apa-apa kat mak saya) mereka letak tanda nama negara - bahrain - iran - iraq - indonesia - ? (malaysia mana) rupanya indonesia + malaysia (jangan lupa) serumpun. Punyala tak faham arab ni cakap B.Inggeris, Cikgu Bahasa Inggeris pun xpaham. tanyala kawan indonesia sebelah ni faham.
 |
laluan masuk makan Rasulullah s.a.w bahagian lelaki
|
 |
Di bawah kubah ini adalah makan Rasulullah s.a.w
|
"dia bilang, kalo karpet hijau itu raudhahnya, karpet merah enggak" kami berdua bukan dengar sangat dia bagitau tapi sibuk tengok muka dia yang cute tu... hehehe (nakal).
kami berdua confius la kan. betul ke yang solat tadi kat raudhah. Jadi Malam itu akan jadi penentuan. setelah penat berebut dengan bangsa lain akhirnya saya melihat di kaki.. Alhamdulillah raudhah rupanya. Solat sunat kemudian keluar sebab dah bertambah ramai.
Setelah tiga hari di Masjid Nabawi, saya berangkat balik. Sehari sebelum itu, kami sempat duduk dibahagian tepi masjid sambil makan kebab dan berkongsi sedikit perasaan mengenai sejarah Rasulullah s.a.w di madinah.
Assalamualaikum.. Ya Rasulullah s.a.w. Moga kita bertemu lagi. Amin.